Pelaporan Isu Harimau Malaya dalam Akhbar New Straits Times dan The Malay Mail

Main Article Content

Elena Ee Chee An
Mohamad Saifudin Mohamad Saleh

Abstract

The Malayan tiger, or Panthera Tigris Jacksoni, was classified as a “critically endangered” species under the International Union for Conservation of Nature (IUCN) Species Red List in June 2015, with fewer than 200 Malayan tigers in the wild today. However, even though the Malayan tiger’s extinction is a serious issue, the Malaysian press still seems to pay little attention to reporting on it. Therefore, this study was conducted to examine the reporting themes, primary sources, and images used in reporting the Malayan tiger issue in two selected online newspapers, New Straits Times (NST) and The Malay Mail. Quantitative content analysis was selected as the research method, and the sample of Malayan tiger issue articles was taken for analysis from June 2015 to June 2020. The research found that these two online newspapers reported only 103 articles within five years. Conservation themes were the highest main theme in reporting the Malayan tiger issue by both newspapers, with the majority using pictures of objects in their reporting. However, the primary sources used in reporting the Malayan tiger issue are different between the two online newspapers, i.e., NST uses more sources from non-governmental organizations. In comparison, The Malay Mail uses more sources from the government. The findings of this study can contribute to knowledge in the field of environmental communication, especially regarding the importance of media reporting on the issue of animal extinction in Malaysia.


Harimau Malaya atau dikenali sebagai Panthera Tigris Jacksoni telah diklasifikasikan sebagai spesis “terancam kritikal” di dalam Senarai Merai Spesis oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) pada Jun 2015 disebabkan oleh kurang daripada 200 ekor harimau Malaya sahaja boleh ditemui hari ini. Sungguhpun isu kepupusan harimau Malaya adalah serius, akhbar Malaysia dilihat masih kurang memberikan perhatian dalam pelaporan mengenainya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji tema pelaporan, sumber utama dan imej yang digunakan dalam pelaporan mengenai harimau Malaya dalam dua akhbar dalam talian terpilih iaitu New Straits Times (NST) dan The Malay Mail. Analisis kandungan kuantitatif dipilih sebagai kaedah kajian dan sampel artikel harimau Malaya diambil dari Jun 2015 sehingga Jun 2020 untuk dianalisis. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebanyak 103 buah artikel sahaja telah dilaporkan oleh kedua-dua akhbar dalam talian ini dalam tempoh lima tahun berkenaan. Tema pemuliharaan merupakan tema utama tertinggi dalam pelaporan isu harimau Malaya oleh kedua-dua akhbar dengan majoriti gambar berbentuk objek paling banyak digunakan dalam pelaporan mereka. Walau bagaimanapun, sumber utama yang digunakan dalam pelaporan isu harimau Malaya adalah berbeza antara kedua-dua akhbar iaitu NST lebih banyak menggunakan sumber dari organisasi bukan kerajaan manakala The Malay Mail lebih banyak menggunakan sumber dari kerajaan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat menyumbang kepada perkembangan bidang Kewartawanan Alam Sekitar khususnya berkenaan kepentingan pelaporan media dalam isu berkenaan kepupusan haiwan di Malaysia. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles