Analisis Pelaporan Atlet Wanita Islam Semasa Sukan Sea 2015 dan 2017 dalam Utusan Online dan Berita Harian Online

Main Article Content

Mohamad Saifudin Mohamad Saleh Muhammad Syahir Zamri

Abstract

Penglibatan wanita Islam dalam arena sukan bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Dalam sejarah sukan negara, terdapat beberapa nama besar seperti Farah Ann Abdullah, Nur Dhabitah Sabri dan beberapa lainnya yang merupakan atlet wanita Islam yang banyak menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Sungguhpun begitu, di sebalik pelaporan tentang kejayaan mereka, atlet wanita Islam juga terlepas dengan pelaporan kontroversi dalam media khususnya berkenaan dengan isu pemakaian mahupun gaya hidup mereka. Mengambil kira kurangnya kajian lepas yang meneroka tentang analisis pelaporan atlet wanita Islam dalam akhbar tempatan, kajian ini dilakukan dengan mengkaji jenis bingkai, sumber dan gambar yang digunakan dalam pelaporan Utusan Malaysia dalam talian dan Berita Harian dalam talian tentang atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA 2015 dan 2017. Hasil dari analisis kandungan terhadap 83 pelaporan mengenai atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA mendapati bahawa kedua-dua akhbar cenderung menggunakan bingkai konflik dalam pelaporan mereka. Pakar iaitu atlet dan jurulatih adalah sumber yang paling banyak digunakan dalam pelaporan atlet wanita Islam semasa temasya Sukan SEA dalam kedua-dua akhbar dalam talian. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa majoriti dari pelaporan tentang atlet wanita Islam semasa Sukan SEA menggunakan sekurang-kurangnya satu gambar dan majoriti daripada gambar-gambar tersebut adalah gambar jenis kebaratan yang menampilkan imej atlet wanita Islam yang tidak menutup aurat. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan bidang Komunikasi Islam dan Komunikasi Sukan di Malaysia dan negara serantau lainnya khususnya Indonesia dan Brunei yang mempunyai majoriti penduduk Islam dalam negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHAMAD SALEH, Mohamad Saifudin; ZAMRI, Muhammad Syahir. Analisis Pelaporan Atlet Wanita Islam Semasa Sukan Sea 2015 dan 2017 dalam Utusan Online dan Berita Harian Online. Malaysian Journal of Media Studies, [S.l.], v. 21, n. 1, p. 49-60, june 2019. ISSN 2231-8143. Available at: <https://jpmm.um.edu.my/article/view/16512>. Date accessed: 06 dec. 2019.
Section
Articles