COMMUNITY POLICING: TAHAP PERSEDIAAN WARGA PDRM KONTINJEN KUALA LUMPUR DALAM PELAKSANAANNYA

Main Article Content

Mohd Shahrizal Bin Azhari
Asmadi Bin Hassan
Alias Bin Abdullah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap persediaan dalam pelaksanaan Community Policing dari sudut pandangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur berdasarkan salah satu Model Penilaian Stufflebeam iaitu Penilaian Input. Terdapat enam elemen yang dikaji menerusi penilaian input: (1) persediaan sumber maklumat; (2) persediaan kendiri; (3) sokongan ketua; (4) pengurusan kewangan; (5) sokongan agensi lain dan (6) promosi. Seramai 487 orang responden terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) mengikut daerah dan kontinjen dalam pentadbiran PDRM Kontinjen Kuala Lumpur telah dipilih secara rawak berstrata sebagai sampel kajian bagi menjawab borang soal selidik. Secara keseluruhannya, warga PDRM Kontinjen Kuala Lumpur mempunyai tahap persediaan yang tinggi untuk melaksanakan Community Policing (min=4.03, sp=0.57). Kajian ini membuktikan bahawa Community Policing di Kontinjen Kuala Lumpur adalah berkesan, masih relevan dan perlu diteruskan agar konsep kebersamaan antara PDRM dengan masyarakat menjadi satu budaya dalam sistem kepolisan di samping terus membantu PDRM dalam mengurangkan kadar jenayah.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles