Komunikasi Strategik dalam Pengurusan Komunikasi Organisasi: Definisi, Pendekatan dan Pelaksanaan Strategic communication in organisational communication management: Definition, approaches and implementation

Main Article Content

Muhammad Zaiamri bin Zainal Abidin
https://orcid.org/0000-0001-7497-7584
Amira Firdaus
https://orcid.org/0000-0002-0609-7371
Md Azalanshah Md Syed
https://orcid.org/0000-0001-8131-9627

Abstract

Komunikasi strategik merupakan amalan yang berupaya menyumbang kepada keberkesanan penyampaian komunikasi dan informasi di pelbagai peringkat meliputi individu, kumpulan dan organisasi. Begitu juga dalam konteks pengurusan organisasi apabila komunikasi strategik dijelaskan sebagai komunikasi bertujuan yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat dan sasaran yang spesifik. Komunikasi strategik ini bukan hanya membantu organisasi dalam menterjemahkan misi dan matlamat kepada khalayak sasaran, bahkan dapat menyumbang kepada kejayaan untuk mencapainya. Ini kerana komunikasi strategik bertindak sebagai pusat utama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu strategi yang dirangka oleh organisasi. Penting untuk memahami komunikasi strategik daripada dua kerangka utama iaitu secara konsepsual dan praktik bagi meneroka bagaimana amalan ini dilaksanakan dalam pengurusan komunikasi organisasi. Maka artikel ini akan mengulas dan membincang secara lanjut amalan komunikasi strategik berdasarkan tiga fokus merangkumi definisi, pendekatan dan pelaksanaannya. Ini meliputi penjelasan mengenai pengertian dan pendekatan komunikasi strategik, pelaksanaan serta elemen-elemen penting yang terkandung dalam proses pengurusannya. Penjelasan ini berpandu kepada dapatan kajian lepas dan pandangan sarjana menerusi bidang penyelidikan komunikasi strategik. Boleh dirumuskan komunikasi strategik sebagai amalan komunikasi bertujuan yang diurus secara sistematik menerusi proses perangkaan, pelaksanaan dan penilaian bagi mencapai matlamat dan sasaran organisasi yang mana turut dipraktikkan mengikut enam pendekatan merangkumi komunikasi pengurusan, komunikasi pemasaran, perhubungan awam, komunikasi teknikal, komunikasi informasi serta informasi dan kempen pemasaran sosial dalam pengurusan komunikasi organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles